SUMBANGAN INFAQ KASIH RAMADHAN 1444H

INILAH PELUANG TERBAIK KITA UNTUK MEREBUT PAHALA SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN
Dermawan yang dikasihi Allah, raikan bulan Ramadhan anda dengan amalan bersedekah.
Kami ingin mengajak anda untuk sama-sama menyumbang sedekah makanan IFTAR (berbuka puasa) untuk Pelajar Tahfiz, Anak Yatim & Asnaf , infaq Barangan Keperluan Asas Asnaf Fakir Miskin dan Infaq Baju Raya untuk Anak Yatim & Asnaf pada bulan Ramadhan.
Diriwayatkan, Nabi Muhammad pernah ditanya tentang sedekah yang paling utama. Ketika itu beliau menjawab,
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan."
(H.R Al-Baihaqi)
Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan.
Bayangkan jika kita boleh menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat lagi. SubhanAllah!
Dan ini boleh terjadi dengan sedekah, yaitu dengan memberikan hidangan BERBUKA PUASA untuk orang lain yang berpuasa.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Infaq Makanan Berbuka akan diagihkan ke lokasi Pusat Tahfiz/Pusat Anak Yatim & Asnaf .
Ayuh, kita bersama-sama ringankan tangan untuk hulurkan sumbangan sedekah selagi hayat masih dikandung badan.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas Tuan/Puan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT. Sudah pasti menyantuni golongan yang memerlukan dan susah merupakan perbuatan yang dicintai oleh Allah dan Rasulullah SAW.
Bantuan & Sumbangan anda akan membuat perubahan dan amat bermakna bagi mereka.
Firman Allah Ta'ala:
"dan apa sahaja yang kamu infaqkan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki."
{Surah As-Saba : ayat 39}
Bacakan doa ini sama2:
"Ya Allah ampunkan segala dosa penyumbang, sihatkanlah tubuh badan mereka, berkatilah rezeki mereka, bahagiakan hidup mereka, terimalah segala amalan mereka, ringankan segala ujian mereka, permudahkan segala urusan mereka limpahkan rahmat dan kasih sayangMu buat mereka sentiasa Ya Allah"
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
TERIMA KASIH Dato/Datin/Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat atas sumbangan ikhlas yang disampaikan.
NOTA PENTING : AKAD SUMBANGAN/ DERMA/ INFAQ
Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad seperti di bawah:
"Bismillahirrahmanirrahim, Saya dengan ini membuat sumbangan ikhlas sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat sumbangan atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada penerima sumbangan”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi.
Kutipan Semasa
RM {nilai_semasa}
Sasaran Kutipan
RM {nilai_sasaran}