INFAQ JUMAAT 2023/1444H

JANGAN LUPA REBUT PELUANG BERSEDEKAH DI HARI JUMAAT
Dermawan yang dikasihi Allah, jangan tinggalkan sedekah Hari Jumaat.
Kami ada mengadakan Program Infaq Makanan atau Barangan Keperluan Asas pada setiap Hari Jumaat dilokasi Masjid/Surau/Madrasah/Tahfiz/Pusat Anak Yatim & Asnaf yang berbeza.
Ibnu Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan:
"Bersedekah pada hari JUMAAT ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari-hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain."
Rasulullah SAW bersabda ;
"Tidak berkurang harta dengan kita melakukan sedekah"
Dan ini boleh terjadi dengan sedekah, yaitu dengan memberikan hidangan makanan atau barangan keperluan kepada orang yang memerlukan.
Firman Allah Ta'ala:
"dan apa sahaja yang kamu infaqkan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki."
{Surah As-Saba : ayat 39}
Infaq Makanan Berbuka ini akan diagihkan ke lokasi Pusat Tahfiz/Pusat Anak Yatim & Asnaf .
Ayuh, kita bersama-sama ringankan tangan untuk hulurkan sumbangan sedekah selagi hayat masih dikandung badan.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas Tuan/Puan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT. Sudah pasti menyantuni golongan yang memerlukan dan susah merupakan perbuatan yang dicintai oleh Allah dan Rasulullah SAW.
Bantuan & Sumbangan anda akan membuat perubahan dan amat bermakna bagi mereka.
Bacakan doa ini sama2:
"Ya Allah ampunkan segala dosa penyumbang, sihatkanlah tubuh badan mereka, berkatilah rezeki mereka, bahagiakan hidup mereka, terimalah segala amalan mereka, ringankan segala ujian mereka, permudahkan segala urusan mereka limpahkan rahmat dan kasih sayangMu buat mereka sentiasa Ya Allah"
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
TERIMA KASIH Dato/Datin/Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat atas sumbangan ikhlas yang disampaikan.
NOTA PENTING : AKAD SUMBANGAN/ DERMA/ INFAQ
Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad seperti di bawah:
"Bismillahirrahmanirrahim, Saya dengan ini membuat sumbangan ikhlas sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat sumbangan atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada penerima sumbangan”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi.